Tindakan Banjir Malaysia 2020–21

Sebelum

Pada 7 September 2020, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia telah memperkenalkan teknologi inovatif serta sistem komprehensif iaitu Program Ramalan dan Amaran Banjir (PRAB) melalui Kempen Amaran dan Ramalan Informasi Banjir (KARIB) yang mampu memberikan ramalan seawal tujuh hari dan amaran dua hari sebelum berlaku banjir.[37]

Amaran hujan lebat dan banjir telah dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sejak awal November 2020 yang akan menyebabkan empat hingga enam episod hujan lebat dalam tempoh Monsun Timur Laut bermula 11 November 2020 sehingga Mac 2021. MetMalaysia menjangkakan hujan lebat pada Januari 2021 akan lebih tertumpu di Johor, Pahang, Sabah dan Sarawak serta turut meramalkan kejadian banjir yang teruk jika hujan berlaku sewaktu air pasang besar dan luruh ribut.[38]

Semasa

Pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka dan dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)[39] berdasarkan arahan Majlis Keselamatan Negara. Selain menyelaras pembukaan PPS, JKM juga bertindak menyediakan semua keperluan asas di setiap PPS bagi kebajikan setiap mangsa banjir terbela. JKM juga menyediakan bekalan makanan kepada mangsa serta menyelaras tindakan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) norma baharu bersama pelbagai agensi berkaitan[39]. JKM juga turut mengemaskini maklumat bencana menerusi aplikasi InfoBencanaJKM[40]. Kerajaan Negeri Kelantan juga mengemas kini maklumat banjir yang berlaku di negeri tersebut dalam satu portal khas[41]. Facebook turut melancarkan portal khas maklum balas krisis di laman media sosial tersebut pada 1 Januari 2021[42].

Rujukan

WikiPedia: Banjir Malaysia 2020–21 http://www.circleofasia.com/Geography-and-Climate-... http://infobencanajkm.jkm.gov.my/index.php http://www.kjc.gov.my/english/education/weather/mo... http://www.met.gov.my/ClimateChange2007/session1b/... http://web.archive.org/web/20201204031924/https://... http://web.archive.org/web/20210103054404/https://... http://web.archive.org/web/20210104114038/https://... http://web.archive.org/web/20210104114956/https://... http://web.archive.org/web/20210110104457/https://... http://web.archive.org/web/20210110104717/https://...